Hilangkan stress

Hi,


Sebagai pelajar, mestilah timbulnya perasaan untuk melepaskan stress dengan pelbagai cara setelah penat belajar serta membuat assignment yang banyak. Banyak cara yang boleh bagi mengurangkan masalah-masalah ini dengan cara yang sihat. 



Simptom stress pada tubuh badan, emosi, tingkah laku dan minda.
Sumber: Google




Semua ini berlaku dalam keadaan sedar dan luar sedar kita. Jadi, sementara kita dapat berfikir dengan waras ini, sentiasalah beringat dan berwaspada untuk mengawal emosi masing-masing untuk sentiasa kekal stabil agar tidak mudah tertekan.


1) Bergurau atau ketawa
Ketawa merupakan penawar stress yang cukup mujarab. Oleh sebab itu, jangan hanya tertumpu pada belajar sahaja, bergaul dan berguraulah dengan rakan-rakan untuk menjaga stamina fikiran. 

2) Mendengar muzik
Hobi mendengar muzik boleh juga menghilangkan stress. Tetapi janganlah muzik yang boleh membuatkan anda sedih, tetapi pilihlah muzik yang boleh membuat anda gembira dan berasa santai untuk belajar. 

3) Mengambil makanan kegemaran
Makan makanan kegemaran dapat mengurangkan stress. Jangan belajar pada saat perut kosong.
 
4) Mencari hiburan
Saat dalam keadaan stress tentu saja kita akan merasakan susah untuk tertawa, tetapi tidak ada salahnya jika mencari hiburan seperti jalan-jalan, membaca komik, bermain game dan sebagainya. 

5) Makan coklat
Coklat merupakan salah satu cara mengurangkan stress dan yang paling banyak diminati. Dari berbagai kajian yang telah diterbitkan bahawa apabila memakan coklat dua minggu sekali ia boleh membantu menurunkan tahap hormon.

6) Menyibukkan diri dengan aktiviti yang bermanfaat
Dengan kita menyibukkan diri, maka kita sudah tidak ada masa lagi untuk memikirkan hal-hal yang menyebabkan kita stress.



Terdapat banyak lagi cara untuk menghilangkan stress. Bagi saya pula, saya lebih suka bermain game kesukaan saya untuk menghilangkan stress. Bukan sahaja hilang stress malah dengan permainan tersebut saya lebih banyak belajar dari segi susun strategi. 



.
.
.
.





League of Legends :3

No comments:

Post a Comment

Copyright 2016 by NajwaKN