Menderma darah adalah selamat dan ringkas. Ia tidak meletakkan anda pada risiko penyakit kerana semua steril, hanya digunakan sekali dan kemudian dibuang.
Secara puratanya, seseorang mempunyai lima liter atau 10.5 pint darah. Pengumpulan darah biasa - "seunit" - adalah sekitar setengah liter, atau satu pint. Tubuh anda akan menggantikan semua darah yang diderma. Proses menderma darah mengambil masa lebih kurang 10-15 minit.
Setiap orang dewasa yang sihat antara 18 tahun dan 60 tahun boleh menderma darah.
Sumber: Google
Tips menderma darah
Sebelum Menderma:
- Sila makan minimal 3 jam sebelum menderma darah.
- Sila elakkan diri daripada merokok pada hari sebelum menderma.
- Anda tidak akan memenuhi syarat untuk menderma darah jika anda mengambil alkohol 48 jam sebelum menderma.
Selepas Menderma:
- Sila menerima makanan ringan yang ditawarkan untuk anda selepas menderma, ia adalah amat penting bagi anda. Anda disyorkan untuk mengambil makanan berat nanti.
- Nikmati minuman ringan dan berehat sekurang-kurangnya 10 - 15 minit.
- Jangan meninggalkan tempat menderma tanpa kebenaran dari ahli kakitangan.
- Jika anda merasa pening atau pengsan, baik berbaring atau duduk dengan kepala anda di antara lutut anda sehingga anda berasa lebih baik.
- Jangan merokok selama sekurang-kurangnya satu jam.
- Minum lebih banyak air dari biasa.
- Elakkan pengambilan alkohol untuk 24 jam seterusnya.
- Ambil makanan berat seterusnya.
- Elakkan mengangkat beban berat atau bersenam selama 24 jam.
Pada 11/5/2016 (Rabu), pusat darah negara telah datang ke UiTM Puncak Perdana untuk membuat kempen derma darah ini bagi tujuan langkah bersiap-sedia untuk meningkatkan stok darah bagi menjamin bekalan darah yang mencukupi pada masa akan datang.
Saya juga tidak ketinggalan untuk melibatkan diri dalam kempen ini kerana saya tidak pernah sekalipun menderma darah.
Peringkat pertama untuk menderma darah doktor yang ditugaskan akan memeriksa sama ada diri kita layak ataupun tidak untuk menderma darah serta kita tergolong dalam jenis darah apa.
jenis darah B(-)
Antara syarat-syarat yang perlu sebelum menderma darah ialah:-
- Anda adalah antara kumpulan umur 18-60 tahun.
- Berat badan anda 45 kg atau lebih.
- Haemoglobin anda adalah 12.5 gm% minimum.
- Derma darah terakhir anda sekurang-kurangnya 90 hari sebelum ini.
- Sihat dan tidak menderita malaria, tifus atau penyakit berjangkit lain di masa lalu.
- Anda telah makan dan mendapat tidur yang mencukupi.
Dan selepas diperiksa jika diri kita berkelayakan seperti di atas kita boleh menderma darah. Bukan itu sahaja, tekanan darah perlu diperiksa juga bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Bagi kes saya pula, tekanan darah saya agak rendah iaitu 100/78. Tekanan darah normal ialah 120/80. Jadi doktor menyarankan saya supaya minum air mineral yang dibekalkan dan berehat selama 5 minit sebelum menderma.
Semasa menderma. Jarum untuk menderma darah ini boleh tahan besarnya. Tetapi jururawat ini mengalami sedikit masalah untuk mencari saluran urat saya kerana urat saya agak halus dan susah untuk dijumpai. Tetapi akhirnya dengan kepakaran jururawat ini urat saya berjaya dijumpai.
Masalah kedua. Darah saya tidak mengalir ke dalam beg darah tersebut. Kata jururawat ini urat saya sudah mengecut dan perlu bantuan untuk mengepam darah saya keluar.
Dan akhirnya, darah saya berjaya untuk dipenuhkan dalam beg darah tersebut tetapi sedikit lambat kerana darah saya lambat keluar dan tidak keluar langsung.
Salah faham tentang menderma darah
- Anda tidak akan merasa lelah atau letih jika anda terus minum cecair dan makan makanan yang baik.
- Anda boleh meneruskan aktiviti biasa anda selepas menderma darah, walaupun anda akan diminta untuk menahan diri dari latihan atau mengangkat beban berat selama dua belas jam selepas menderma.
- Menderma darah tidak akan meninggalkan anda pada rendah darah, malah anda akan tetap memiliki darah surplus selepas menderma
- Jika anda memilih untuk mengambil alkohol, anda boleh, pada hari berikutnya.
- Anda tidak akan berasa sakit semasa menderma darah.
- Anda tidak akan pengsan atau berasa tidak selesa selepas menderma darah.
- Anda tidak akan mendapat AIDS jika anda menderma darah.
- Penderma menderma darah dan tidak menjualnya.
Tahniah kepada Pusat Darah Negara (PDN) kerana telah memberi servis yang terbaik sekali dalam proses menderma darah ini. Saya juga tidak terlepas mendapat pengalaman dalam menderma darah ini.
Sumber: Pusat Darah Negara










No comments:
Post a Comment