Produk Penjagaan Muka Yang Berkesan!

Hi,

Harini nak share pasal 1 produk penjagaan muka yang paling best sekali! Sebab apa best? Sebab produk ni pakai dalam masa 2 hari je jerawat boleh kecut! Betul tak tipu sebab saya sendiri pun pakai. Yelah masa belajar ni student macam saya memang takde masa nak jaga kulit sangat, nak pulak masa bila dah capai tahap stress and Miss J pun mula lah nak munculkan diri. Bila dah muncul tu lambat pulak dia nak hilang. Kalau hilang pun dia akan tinggal kesan. Betul tak? 


.
.
.
.


Tadaa! Inilah produk tu


Produk ini sangat membantu dalam membersihkan kulit, boleh mengurangkan masalah kulit berminyak, merawat jeragat, merawat ruam-ruam panas pada bayi dan yang paling penting sekali ia mampu merawat jerawat dengan berkesan. Ianya sesuai diapakai oleh lelaki, wanita dan kanak-kanak. 


.
.
.
.



Jadi, jangan risau bagi yang kulit sensitif seperti saya. Bahan yang digunakan pun selamat iaitu diperbuat daripada bahan semulajadi. Tiada bahan kimia serta bahan terlarang yang boleh menyebabkan kesan sampingan. 


Bahan-bahan yang digunakan ialah:- 
  1. avocado
  2. sengkuang
  3. rumpai laut
  4. pati bunga raya putih  
  5. serbuk mutiara


Cara penggunaannya juga sangat mudah dan senang. Ada 3 cara yang boleh digunakan iaitu scrub, masker dan juga pelembab muka. Pakai selepas mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Tempoh penggunaan juga bergantung kepada kulit muka. 

Scrub: sapu seluruh muka dan terus gosok 1 arah untuk sel-sel kotor keluar.

Maskersapu tebal sedikit dan tunggu selama 30 minit kemudian cuci atau nak bawak terus tidur pun boleh dan esok pagi cuci juga tiada masalah.

Pelembab mukasapu nipis-nipis selepas mandi.
          


Harganya juga mampu milik. Harga sekotak boleh didapati RM60 sahaja dan didalam kotak tersebut terdapat 3 botol. Boleh tahan selama 2-3 bulan bergantung cara penggunaan. Masa saya beli produk ini promosi, 3 botol RM50. Nak maklumat lebih lanjut boleh pergi ke page Facebook mereka. Nak beli dari situ pun boleh :) 



  


Kempen Derma Darah


Sumber: Google

Menderma darah adalah selamat dan ringkas. Ia tidak meletakkan anda pada risiko penyakit kerana semua steril, hanya digunakan sekali dan kemudian dibuang.
Secara puratanya, seseorang mempunyai lima liter atau 10.5 pint darah. Pengumpulan darah biasa - "seunit" - adalah sekitar setengah liter, atau satu pint. Tubuh anda akan menggantikan semua darah yang diderma. Proses menderma darah mengambil masa lebih kurang 10-15 minit.
Setiap orang dewasa yang sihat antara 18 tahun dan 60 tahun boleh menderma darah.


Sumber: Google



Tips menderma darah

Sebelum Menderma:

  • Sila makan minimal 3 jam sebelum menderma darah.
  • Sila elakkan diri daripada merokok pada hari sebelum menderma.
  • Anda tidak akan memenuhi syarat untuk menderma darah jika anda mengambil alkohol 48 jam sebelum menderma.

Selepas Menderma:
  • Sila menerima makanan ringan yang ditawarkan untuk anda selepas menderma, ia adalah amat penting bagi anda. Anda disyorkan untuk mengambil makanan berat nanti.
  • Nikmati minuman ringan dan berehat sekurang-kurangnya 10 - 15 minit.
  • Jangan meninggalkan tempat menderma tanpa kebenaran dari ahli kakitangan.
  • Jika anda merasa pening atau pengsan, baik berbaring atau duduk dengan kepala anda di   antara lutut anda sehingga anda berasa lebih baik.
  • Jangan merokok selama sekurang-kurangnya satu jam.
  • Minum lebih banyak air dari biasa.
  • Elakkan pengambilan alkohol untuk 24 jam seterusnya.
  • Ambil makanan berat seterusnya.
  • Elakkan mengangkat beban berat atau bersenam selama 24 jam.


Pada 11/5/2016 (Rabu), pusat darah negara telah datang ke UiTM Puncak Perdana untuk membuat kempen derma darah ini bagi tujuan langkah bersiap-sedia untuk meningkatkan stok darah bagi menjamin bekalan darah yang mencukupi pada masa akan datang. 

Sumber: Google



Saya juga tidak ketinggalan untuk melibatkan diri dalam kempen ini kerana saya tidak pernah sekalipun menderma darah. 

Peringkat pertama untuk menderma darah doktor yang ditugaskan akan memeriksa sama ada diri kita layak ataupun tidak untuk menderma darah serta kita tergolong dalam jenis darah apa. 

jenis darah B(-)


Antara syarat-syarat yang perlu sebelum menderma darah ialah:- 
  • Anda adalah antara kumpulan umur 18-60 tahun.
  • Berat badan anda 45 kg atau lebih.
  • Haemoglobin anda adalah 12.5 gm% minimum.
  • Derma darah terakhir anda sekurang-kurangnya 90 hari sebelum ini.
  • Sihat dan tidak menderita malaria, tifus atau penyakit berjangkit lain di masa lalu.
  • Anda telah makan dan mendapat tidur yang mencukupi.

Dan selepas diperiksa jika diri kita berkelayakan seperti di atas kita boleh menderma darah. Bukan itu sahaja, tekanan darah perlu diperiksa juga bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Bagi kes saya pula, tekanan darah saya agak rendah iaitu 100/78. Tekanan darah normal ialah 120/80. Jadi doktor menyarankan saya supaya minum air mineral yang dibekalkan dan berehat selama 5 minit sebelum menderma. 




Semasa menderma. Jarum untuk menderma darah ini boleh tahan besarnya. Tetapi jururawat ini mengalami sedikit masalah untuk mencari saluran urat saya kerana urat saya agak halus dan susah untuk dijumpai. Tetapi akhirnya dengan kepakaran jururawat ini urat saya berjaya dijumpai. 





Masalah kedua. Darah saya tidak mengalir ke dalam beg darah tersebut. Kata jururawat ini urat saya sudah mengecut dan perlu bantuan untuk mengepam darah saya keluar. 



Dan akhirnya, darah saya berjaya untuk dipenuhkan dalam beg darah tersebut tetapi sedikit lambat kerana darah saya lambat keluar dan tidak keluar langsung. 



Salah faham tentang menderma darah
  • Anda tidak akan merasa lelah atau letih jika anda terus minum cecair dan makan makanan yang baik.
  • Anda boleh meneruskan aktiviti biasa anda selepas menderma darah, walaupun anda akan diminta untuk menahan diri dari latihan atau mengangkat beban berat selama dua belas jam selepas menderma.
  • Menderma darah tidak akan meninggalkan anda pada rendah darah, malah anda akan tetap memiliki darah surplus selepas menderma
  • Jika anda memilih untuk mengambil alkohol, anda boleh, pada hari berikutnya.
  • Anda tidak akan berasa sakit semasa menderma darah.
  • Anda tidak akan pengsan atau berasa tidak selesa selepas menderma darah.
  • Anda tidak akan mendapat AIDS jika anda menderma darah.
  • Penderma menderma darah dan tidak menjualnya.


Tahniah kepada Pusat Darah Negara (PDN) kerana telah memberi servis yang terbaik sekali dalam proses menderma darah ini. Saya juga tidak terlepas mendapat pengalaman dalam menderma darah ini. 



Sumber: Pusat Darah Negara

Social Media Tools

Hi,

So today i want to share about one of my assignment which is about social media tools. I chose Youtube as my social media tools. 




                   



Introduction
  • YouTube is a video-sharing website headquartered in San Bruno, California, United States.
  • A video-sharing website on which users can upload, share, and view content.
  • Available content includes video clips, TV clips, music videos, movie trailers, and educational videos.
  • Most of the content on YouTube has been uploaded by individuals.
           


Background
  • YouTube was founded by Chad Hurley, Steve Chen, and Jawed Karim.
  • They had experienced difficulty sharing videos that had been shot at a dinner party at Chen's apartment in San Francisco.
  •  In November 2006, it was bought by Google for US$1.65 billion.
  • In February 2015, YouTube announced the launch of a new app specifically for use by children visiting the site, called YouTube Kids.



Function Of Youtube

  • Sharing many videos.
  • Can view and download any videos that what users like.
  • Get more self confidence.
  • Learn many helpful videos.




Application Of Youtube
  • Can surf at any devices.
  • Can surf at anywhere as long as devices connect to the Internet.
  • Easy to watch.




SWOT Analysis

a) Strenght
  • Ultimate support provider that is Google.
  • Available on many devices.
  • Facilitate the people in increasing their self confidence, proficiency and knowledge. 
  • Serves in 34 languages all over the world. 



b) Weakness
  • Users can download copyright videos or content.
  • Google is overpowering.
  • Lack of security.
  • Only lives through the internet.
  • Advertisements too intrusive.



c) Opportunities
  • Become a partner to brands or content creators.
  • Stronger brand that can make the company’s profit become higher. 



d) Threats
  • Copyright issues.
  • Very tough competition is raised among the online market of broadcasting.
  • Children will watch any genre of videos as Youtube is open to all user.



Benefit To Net Citizen
  • Increasing their self confidence.
  • Gain more knowledge.
  • Easy to learn.



Conclusion

With Youtube, people can get a lot of information because millions of videos from across the country, races, religions and various of information that people uploaded every minutes.



So down here is the tutorial on "How to use the Youtube".




Thank You :)


Hilangkan stress

Hi,


Sebagai pelajar, mestilah timbulnya perasaan untuk melepaskan stress dengan pelbagai cara setelah penat belajar serta membuat assignment yang banyak. Banyak cara yang boleh bagi mengurangkan masalah-masalah ini dengan cara yang sihat. 



Simptom stress pada tubuh badan, emosi, tingkah laku dan minda.
Sumber: Google




Semua ini berlaku dalam keadaan sedar dan luar sedar kita. Jadi, sementara kita dapat berfikir dengan waras ini, sentiasalah beringat dan berwaspada untuk mengawal emosi masing-masing untuk sentiasa kekal stabil agar tidak mudah tertekan.


1) Bergurau atau ketawa
Ketawa merupakan penawar stress yang cukup mujarab. Oleh sebab itu, jangan hanya tertumpu pada belajar sahaja, bergaul dan berguraulah dengan rakan-rakan untuk menjaga stamina fikiran. 

2) Mendengar muzik
Hobi mendengar muzik boleh juga menghilangkan stress. Tetapi janganlah muzik yang boleh membuatkan anda sedih, tetapi pilihlah muzik yang boleh membuat anda gembira dan berasa santai untuk belajar. 

3) Mengambil makanan kegemaran
Makan makanan kegemaran dapat mengurangkan stress. Jangan belajar pada saat perut kosong.
 
4) Mencari hiburan
Saat dalam keadaan stress tentu saja kita akan merasakan susah untuk tertawa, tetapi tidak ada salahnya jika mencari hiburan seperti jalan-jalan, membaca komik, bermain game dan sebagainya. 

5) Makan coklat
Coklat merupakan salah satu cara mengurangkan stress dan yang paling banyak diminati. Dari berbagai kajian yang telah diterbitkan bahawa apabila memakan coklat dua minggu sekali ia boleh membantu menurunkan tahap hormon.

6) Menyibukkan diri dengan aktiviti yang bermanfaat
Dengan kita menyibukkan diri, maka kita sudah tidak ada masa lagi untuk memikirkan hal-hal yang menyebabkan kita stress.



Terdapat banyak lagi cara untuk menghilangkan stress. Bagi saya pula, saya lebih suka bermain game kesukaan saya untuk menghilangkan stress. Bukan sahaja hilang stress malah dengan permainan tersebut saya lebih banyak belajar dari segi susun strategi. 



.
.
.
.





League of Legends :3

Salam perkenalan :D

Assalamualaikum semua! Harini saya ingin memperkenalkan diri sendiri iaitu empunya tuan blog ini. 

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini untuk memberi lebih banyak idea kepada saya sepanjang saya menerbitkan blog ini. Jutaan terima kasih kepada Puan Nora'ayu Ahmad Uzir yang memberi banyak tunjuk ajar dan semangat dalam menyiapkan tugasan blog ini. Semoga blog ini dapat memberi sedikit maklumat dan terus diceriakan lagi dengan cerita-cerita yang yang menarik lagi pada masa akan datang. 


Nama saya ialah Najwa binti Khairul Nizam dan daripada kos IM247 (pengurusan pusat sumber). Daripada Ipoh, Perak dan berumur 22 tahun. 



Penulis blog

Blog ini telah diterbitkan pada March 2016. Ia adalah salah satu tugas saya dalam subject IMC407 (Management of Internet Information Sources And Services) daripada bimbingan Puan Nora'ayu Ahmad Uzir. Diharapkan apa yang saya berkongsi maklumat serta cerita-cerita yang menarik menepati apa yang diperlukan. 

Terima kasih :)

Copyright 2016 by NajwaKN